Sunday 15 May 2016

Tips sebelum beli kamera


1.  Dapatkan informasi dasar tentang kamera DSLR yang hendak dibeli
Buat research terlebih dahulu. Kena faham perbezaan kamera DSLR dari kamera biasa, kelebihan, serta kekurangannya. Generally, antara kelebihan kamera DSLR adalah seperti berikut  :
-  Boleh gantikan lens kamera mengikut keperluan
-  Autofokus yang lebih cepat
-  Resolution yang lebih tinggi dan kualiti gambar yang lebih baik dalam keadaan gelap
-  Boleh mengambil gambar secara berterusan, paling kurang 3 frame per second.
Dari kelebihan tersebut, korang kena la juga harus tahu tentang kekuranga DSLR. Firstly, ukurannya yang lebih besar dan lebih berat dari kamera biasa, sehingga mungkin tidak terlalu selesa atau sesuai untuk perjalanan jauh.  Kelemahan kedua, mengambil gambar dengan kamera DSLR tidaklah mudah untuk ambil gambar dari kamera biasa.  Jika korang baru nak mula dengan kamera DSLR, luangkan masa yang ada untuk belajar gambar dengan menggunakan kamera DSLR.

2.  Jangan menggunakan brand kamera sebagai pilihan utama membeli DLSR
Jika korang seorang beginner, jangan gunakan brand kamera sebagai pilihan utama sebelum membeli kamera DSLR sebab ciri dan kualiti daripada pelbagai brand sebenarnya hampir serupa untuk kamera DSLR bagi level beginner. Nowdays, ada 4 common company utama yang mengeluarkan DSLR ke seluruh dunia iaitu Canon, Nikon, Sony, dan Pentax.  Jangan disebabkan brand membuat korang buta terhadap ciri-ciri daripada brand lain yang lebih hebat.  Satu lagi, jika korang memilih kamera hanya berdasarkan brand tertentu, berkemungkinan besar tujuan korang membeli DSLR hanyalah untuk SHOWOFF brand sahaja.  Sekali lagi, jangan dibutakan oleh brand kamera DSLR.

3.  Tetapkan brand pilihan korang. Jangan tukar selepas buat keputusan.
Lain daripada kamera biasa, kalau hari ni korang beli jenama Canon, dua tahun lagi nak beli Nikon pulak. Contohnya la... Ingat!!! Membeli kamera DSLR maksudkan korang invest something tau. Mungkin bila sudah beli kamera DSLR, korang akan membeli lens yang berbeza bagi setiap penggunaan. Jenama yang lain menggunakan lens yang berlainan, bukannya sama.
 
4.  Buat kajian jika ada perkhidmatan Center dekat area berdekatan korang
Khidmat center yang berdekatan juga perlu dititikberatkan. Andai kata berlaku kerosakan mungkin akan lebih mudah untuk korang berurusan dimana senang dihantar baiki, proses yang cepat dan tidak banyak pengeluaran wang yang diperlukan.

5.  Resolution
Buat la research sikit berapa besar resolution yang korang nak guna. Kebanyakan kamera DSLR setidaknya menggunakan 12MP. So, makin besar resolution, makin elok la kualiti gambar korang. Selain itu, korang kena ambil tahu jugak jika guna resolution yang besar, makin besarlah ukuran gambar dekat komputer korang. Contohnya, satu gambar berformat RAW kamera 16MP berukuran antara 25MB di komputer. Maksudnya, korang kena ada komputer dengan RAM dan processor yang cukup kuat kalau nak edit gambar besar tu.

6.  ISO 
ISO adalah sensitivitas kamera terhadap cahaya.  Semakin besar ISO yang dimiliki oleh suatu kamera, semakin bagus pula kualitasnya saat mengambil gambar dalam gelap.  Saat ini, kamera DSLR setidaknya memiliki ISO sampai 6400.  Perhatikan pula apakah kualitas gambar yang diambil tetap bagus dalam ISO yang sedemikian tinggi.  Jika perlu, bandingkan kualitas gambar dari dua kamera bermerk beda dalam ISO yang sama besar.

7.  Video
Kalau korang jenis suka buat video, kena check kamera apa yang boleh digunakan untuk mengambil video. So, kena tahu berapa ukuran resolution maksimum dan frame per second (fps) video yang boleh diambil oleh sebuah kamera DSLR. Perlu diingat juga, video yang diambil daripada kamera DSLR memiliki kualiti yang sangat bagus tetapi mempunyai ukuran yang sangat besar. So,make sure ada memory card yang khas untuk mengambil video.

8.  Ukuran dan keseleasan kamera di tangan 
Sebelum beli, try pegang kamera dekat tangan korang. Make sure kamera apa yang buat korang rasa selesa bila dipegang. Jika terlalu besar, mungkin tak sesuai bagi pengguna yang bertangan kecil kerana kamera yang besar adalah berat. 

9.  Buat research tentang keluaran model terbaru kamera
Jika sudah membuat pilihan kamera yang hendak dibeli, pastikan korang update maklumat model keluran akan datang. Contohnya, kalau korang dah beli Canon 550D, tak sampai 1bulan Canon 650D dilancarkan pulak. Kan rugi tu. Better, korang tunggu jela keluaran terbaru tu. Mungkin specification dia lebih baik daripada pilihan yang korang dah buat.

10.  Beli mengikut kemampuan
Yang ni penting sangat ketika korang nak beli kamera. Make sure korang ada bajet sendiri. Di situ, korang dapat gunakan jumalah wang mengikut kemampuan yang korang ada. Kalau mahal sangat, simpan je duit lagi sikit. Jangan paksa diri untuk beli kamera yang kualitinya bawah standard korang kerana kekurangan duit. 

0 comments:

Post a Comment