Monday 16 May 2016

Perkara yang positif tentang muzik


Sebenarnya ini adalah pendapat masing-masing. Ada juga cakap muzik boleh melalaikan seseorang. Dengar muzik ni biarlah bertempat ye. Muzik dikatakan satu seni yang tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan seharian. Terdapat pelbagai elemen, aliran muzik pada masa kini. R&B, pop, rock, pop etnik, jazz, dan lain-lain lagi. `

Melalui muzik juga terdapat koordinasi fizikal yang mampu berjalan dengan baik. Paling penting muzik juga mampu menghilangkan penyakit nyayuk pasa usia senja. Ia berkaitan dengan kesihatan kitalah. Sejauh mana kebenaran dia?? Complicated sikit to explain. Ada banyak kajian, pandai-pandailah buat research. So, berikut adalah perkara-perkara yang positif tentang muzik.

1. Meredakan kesihatan.
Muzik mempunyai manfaat besar dalam menyembuhkan penyakit. Muzik bekerja dengan sistem saraf kemudiannya secara automatik mampu meringankan rasa sakit yang kronik. Itulah sebabnya ada sesebuah hospital serperti hospital swasta menggunakan muzik sebagai terapi bagi pesakit mereka. Mostly hospital akan mainkan lagu yang memenangkan jiwa. Tujuan dia adalah muzik berbentuk seperti ini mempunyai elemen yang boleh membuat tubuh badan mengeluarkan zat endorfin untuk neutralkan badan daripada rasa sakit, bagi lambat degupan jantung dan juga menenangkan pernafasan.

2. Meningkatkan kesihatan tubuh badan.
Tempo, intensiti, muzik mempengaruhi jantung dimana ia mampu meningkatkan denyutan jantung dan juga penfasan. Dengan itu, ia mampu meingkatkan kesihatan pembuluh darah dan sihatkan badan.

3. Meningkatkan kecerdasan.
Dari sudut kesihatan, muzik penting untuk meningkatkan kecerdasan. Muzik sangat penting untuk anak-anak dalam proses pembelajaran kerana ia meningkatkan fungsi otak dan meningkatkaan kemahiran visual serta verbal mereka. Manakala bermain alat muzik pula merupakan cara terbaik untuk meningkatkan kecerdasan IQ si anak.

4. Meningkatkan kesihatan otak.
Selain baik untuk perkembangan otak kanak-kanak, muzik juga dapat meningkatkan kesihatan otak untuk golongan tua. Mendengar muzik pada waktu yang lanjut membantu menjaga otak supaya rasa tetap muda dan sihat. Mendengar muzik juga mampu berfungsi sebagai latihan untuk otak sentiasa sihat, tenang dan mampu melatih daya imaginasi.

5. Menenangkan hati dan perasaan.
adakah anda tahu bahwa ketka muzik yang sedap didengar oleh halwa telinga, ketika itu otak sedang melepaskan satu ketegangan suasana hati yang sedang tegang dan berserabut. Tapi kalau korang tengah frust, dengar lagu sedih memang tak jalan lah jawabnya. Lagi tambah derita..Haha

6. Mengawal tekanan darah.
Mendengar muzik dengan irama yang lembut akan membantu pesakit darah tinggi mengawal tekanan darah. Kajian yang dilakukan dari US menunjukkan bahawa hanya dengan mendengar muzik berirama klasik selama 30 minit sehari ia mampu menurunkan tekanan darah tinggi secara ketara sekali.

7. Meningkatkan kualiti tidur.
Mendengar muzik membantu menenangkan fikiran dan jiwa sehingga membantu tidur yang nyenyak. Muzik juga memapu meyembuhkan insomnia. Apabila dapat tidur yang cukup sekaligus memberikan kesihatan semula jadi kepada otak, minda dan badan anda akan terasa sentiasa sihat dan segar bugar.

8. Menyokong pertumbuhan janin.
Ini adalah informasi berguna untuk ibu yang mengandung. Ibu hamil yang mendengar muzik mempunyai perkembangan janin yang positif. Bayi yang sejak kecil mendengar mnuzik akan mempunyai dan mengalami perkembangan intelektual dan linguistik sejak  lahir.

9. Meningkatkan sistem kekebalan tubuh.
Lebih kurang seperti imun badan. Ketika mendengar muzik, tubuh akan menghasilkan hormon tertentu yang dapat meningkatkan daya tahan tubuh. Dengan mendengar muzik selamat 50 minit boleh meningkatkan kadar antibodi badan dan dapat menurunkan tahap tekanan hormon kortisol.

10. Bersemangat.
Banyak orang memilih mendengar muzik semasa bersenam. Ini disebabkan oleh muzik membuat mereka jadi bersemangat, meningkatkan daya tahan dan mengalihkan perhatian daripada segala bentuk ketidakselesaan.

Apa yang dapat di simpulalkan di sini, setiap individu mesti akan mendengar lagu sekurang-kurangnya dua atau tiga lagu sehari di corong-corong radio, smartphone, televisyen dan pelbagai alternatives lain pada masa kini. Banyak perkara yang baik tentang muzik ni. At least muzik yang didengari sesuai dengan persekitaran. 


0 comments:

Post a Comment